PERSATUAN PENGAKAP MALAYSIA
Negeri | Tarikh |
Pulau Pinang | 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang |
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin | |
1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman | |
Kuala Lumpur dan Selangor | 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw |
Pahang | 1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal. |
1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet | |
Sabah | 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan |
Sarawak | 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching |
Kedah | 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid |
Perak | 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar |
Melaka | 1926, dibawa oleh R Brunstone |
Negeri Sembilan | 1926, juga oleh R. Brunstone |
Terengganu | 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle |
Kelantan | 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail |
Johor | 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) |
Perlis | 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara |
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.
Keahlian dan peringkat umur pengakap
Keunikan pengakap sebagai unit beruniform yang asal ialah ia menerima ahli dari berbagai lapisan masyarakat. Asal saja seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap, beliau boleh menyertai pergerakan ini. Keahlian yang bersifat universal ini memupuk perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya dan fahaman agama. Keahlian pengakap juga tidak dihadkan oleh faktor usia. Malah seseorang itu boleh menjadi pengakap hingga akhir usia dan dari inilah timbul ungkapan "Sekali Berpengakap, Teruskan Berpengakap". Anggota-anggota pergerakan pengakap pula dibahagikan mengikut beberapa peringkat umur seawal 10 tahun hinggalah dewasa.- Pengakap Kanak-kanak (bahasa Inggeris: Cub Scout), untuk mereka yang berumur 10 hingga 12 tahun, lazimnya pelajar tahun 4 hingga tahun 6. Motto Pengakap Kanak-kanak ialah Buat Habis Baik.
- Pengakap Muda ataupun Junior Scout, untuk yang berusia 13 hingga 15 tahun iaitu pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Cogankatanya ialah Selalu Sedia.
- Pengakap Remaja atau Senior Scout untuk anak-anak muda tingkatan 4 dan 5. Mottonya ialah Pandang Luas.
- Pengakap Kelana (Rover Scout) untuk ahli-ahli dewasa lepasan sekolah dan tiada had umur. Terdapat juga dua kumpulan latihan kelana yang ditadbir setaraf negeri iaitu Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM). KLM dikhususkan bagi penuntut-penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) manakala KLKM untuk penuntut-penuntut di universiti, politeknik dan kolej universiti. Motto pergerakan kelana ialah Berkhidmat.
Ketua - Ketua Pesuruhjaya Negeri
Organisasi unit kecil pengakap
Setiap kumpulan pengakap di sekolah lazimnya dipanggil trup. Trup ini mempunyai pengenalan khusus berupa lencana-lencana yang dipakai di bahu kanan terdiri dari nama negeri, nama daerah dan nombor kumpulan. Setiap kumpulan atau trup mempunyai nombor unik mengikut giliran ianya ditubuhkan. Contohnya, pasukan atau sekolah yang memakai lencana (KELANTAN), (KOTA BHARU) dan (80) ialah pasukan yang ke-80 ditubuhkan di daerah Kota Bharu di Kelantan.Trup-trup kelana pula lazimnya dipanggil krew. Pasukan-pasukan krew ini tidak mempunyai nombor sebaliknya menggunakan abjad A,B,C dan sebagainya. KLM dan KLKM pula menggunakan lencana atau flash nama institusi pengajian mereka.
Setiap trup pula dibahagikan kepada patrol yang lazimnya mempunyai 6 pengakap. Setiap trup diketuai oleh ketua, manakala patrol dipimpin oleh ketua patrol dibantu oleh penolong ketua patrol. Di sekolah-sekolah, lazimnya guru-guru penasihat diangkat menjadi pemimpin dan penolong pemimpin, terutama guru-guru yang menyertai latihan manikayu. Di institut pendidikan guru, kolej-kolej dan universiti, ahli-ahli kanan yang telah menamatkan latihan manikayu menjadi pemimpin.
Alamat surat-menyurat Persekutuan Pengakap Malaysia The Scouts Association of Malaysia
Rumah B-P
Jalan Hang Jebat
50150 Kuala Lumpur
Phone: +60 (3) 2078-0836 / 2070 6978
Fax: +60 (3) 2070-9057
email: pengakap@scouts.my
URL: http://www.pengakapmalaysia.org
Jambori Malaysia
Malaysia mengadakan banyak jambori kebangsaan semenjak 1966. Setiap negeri mengambil giliran menjadi hos, dan hanya Perlis dan Selangor yang masih belum melakukannya. Daftar pelbagai jambori kebangsaan dan tahun ia diadakan adalah seperti berikut :- 1966 - Penang (Ketua Kem - Tan Sri Wong Pow Nee)
- 1970 - Melaka
- 1974 - Johor
- 1978 - Sarawak
- 1982 - Kelantan
- 1986 - Pahang
- 1989 - Perak
- 1992 - Sabah
- 1997 - Terengganu
- 2002 - Kedah
- 2006 - Negeri Sembilan
- 2011 - Terengganu
No comments:
Post a Comment